Amalan ibu Hamil Menurut Islam

Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam

Semasa mengandung, kita dianjurkankan agar mengamalkan perkara-perkara yang diperintahkan dalam Islam. Amalan ibu mengandung yang baik adalah menurut landasan Islam.
Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, antara amalan suami dan isteri semasa isteri mengandung ialah:-

~ Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
~ Panjatkan doa pada Allah
~ Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
~ Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
~ Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
~ Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
~ Banyakkan berzikir
~ Banyakkan membaca Al-Quran
~ Banyakkan baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain".
~ Becanda berbicara dengan anak yang berada dalam kandungan
~ Lakukan pekerjaan ringan di rumah sebagai senam untuk permudahkan proses kelahiran.
~ Tidak terlalu tertekan atau stres.
~ Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
~ Makan makanan yang baik. Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal.
~ Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
~ Rajin mengukirkan senyuman
~ Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.

Perkara-perkara yang perlu jauhi oleh suami dan isteri ketika isteri mengandung

~ Jangan mengidam makanan yang tidak baik
~ Jauhi makan dam minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram
~ Elakkan makanan yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain
~ Suami berusahalah untuk  tidak melakukan perkara yang menyedihkan atau membuat pusing/marah istri.
~ Berusaha untuk berpenampilan yang tidak menarik di depan suami.
~ Jauhi maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t.
~ Jauhi pertuturan yang negatif
~ Jauhi membuka aurat
~ Jauhi amalan khurafat

Apa saja amalan ibu hamil yang baik?

Antara amalan bacaan surah semasa ibu mengandung ialah:


Dekatkan diri dengan naskhah Al-Quran:
~ Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan)
~ Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)
~ Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
~ Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
~ Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
~ Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
~ Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
~ Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)

           Itulah beberapa amalan seorang ibu yang sedang mengandung,ini juga kalau misalnya istri capek suami boleh menggatikannya di dekat istrinya.Sebenarnya tidak ada di alquran & hadis yang sahih yang memerintahkan itu semua,tetapi kalau itu sebuah kebaikan dan bernilai ibadah kenapa tidak dikerjakan...??

Sumber: Safiah dan suntingan oleh SirapLimau.com





You Might Also Like: