Home » » Doa Untuk Kesejahjeraan Keluarga

Doa Untuk Kesejahjeraan Keluarga

Doa RumahTangga Bahagia. Suami, Isteri, Anak – Semua Aman & Sejahtera!

Seorang pembaca telah bertanya, “Saya mau minta petuah atau doa mengekalkan kasih, cinta setia suami pada isteri dan anak yang Mungkin kita semua bisa amalkan..?"
 Usaha itu perlu,Berdoa itu wajib”.

Di sini kami sertakan sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al-Furqan, ayat 25.

Foto Kredit: quran.com

Untuk maklumat lanjut, kami juga sertakan satu hadis.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya”. (Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi)

Huraian Hadith:

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud: "Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa"

Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Dalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke puncak kejayaan. Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman. Suami yang bertanggungjawab seperti inilah yang wajib ditaati "hatta" boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas.

Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka.Bahkan tidak dinafikan banyak sekali permasalahan ‘kaki suami’ yang hinggap di pundak isteri maupun anak-anak tanpa  perasaan belas kasihan. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.

Isteri yang solehah dan taat kepada suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Malah mana mungkin suami mengharapkan ˜penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul? Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya.

Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita. ‘Walk your talk’, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumah tangga yang bertakwa.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Quran.com & JAKIM
               siraplimau.com
Abu Azma
abuazmaShare Updated at: Wednesday, October 08, 2014

0 komentar:

Post a Comment

Terima kasih sudah singgah di blog kami yang sederhana ini,
* Jika artikel kami bermanfaat silakan berbagi di media sosial tombolnya ada di atas itu,
* Jika berkenan tinggalkan jejak anda di kolom komentar di atas/bawah ini...
* KOMENTAR ANDA AKAN DI TAYANGKAN & DI JAWAB KETIKA ADMIN SEDANG ONLINE

Artikel Terkait

back to top